Thursday 1 November 2012

"Makna Ditentukan oleh Keperihalan Keadaan"


Menurut John Rupert Firth, "Makna ditentukan oleh keperihalan keadaan". Berdasarkan penyataan tersebut, perlu difahami terlebih dahulu mengenai konsep semantik yang ingin disampaikan oleh tokoh terkenal berbangsa Inggeris ini dengan lebih terperinci. Secara amnya, makna merupakan maksud atau erti. Sesuatu makna dapat berfungsi dengan baik apabila idea atau pendapat pengujar kepada penerima disalurkan dengan bahasa-bahasa tertentu yang boleh difahami. Namun, makna sesuatu penulisan atau ujaran tersebut akan berbeza berdasarkan konteks-konteks tertentu. Konteks ini memainkan peranan penting bagi mengelakkan berlakunya kekaburan dan ketidakjelasan makna sebarang ujaran serta tulisan. Terdapat juga tokoh bahasa seperti Brainslou Malinowski dan Rupert Firth sendiri yang mentakrifkan konteks keadaan sebagai keperihalan keadaan kerana mempunyai persamaan yang relevan antara satu sama lain. Mereka berdua pernah menegaskan bahawa makna dalam bahasa menjadi jelas dalam konteks bahasa itu digunakan. Secara rumusnya, keperihalan keadaan boleh merujuk kepada penggunaan bahasa berdasarkan sesuatu konteks bahasa itu digunakan.

Setelah difahami mengenai konsep umum bagi penyataan tersebut, terdapat lima faktor penentuan makna yang dapat menerangkan dengan lebih terperinci mengenai kaitan makna dan keperihalan keadaan.

Faktor-faktor Penentuan Makna
1. Kebudayaan
2. Tajuk perbincangan
     - Konteks ayat
     - Konteks keperihalan
3. Paralinguistik
4. Prosodi
5. Perkembangan bahasa
    - Perluasan makna
    - Penyempitan makna
    - Konotasi dan tanggapan masyarakat

No comments:

Post a Comment